Ahad, Oktober 11, 2009

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Sukacita dimaklumkan bahawa semperna percutian sekolah pada bulan Disember ini, KRT Gerbang Meru Indah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Gerbang Meru Indah Laluan C akan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai dijangka pada hari Sabtu 5hb. Disember, 2009 bertempat di Padang Laluan Meru Indah C1. Pelbagai acara yang selayaknya diadakan bagi meraikan anak-anak berkhatan akan dianjurkan. Bagi ibu-bapa yang ingin mendaftar penyertaan anak-anak mereka bolehlah berdaftar dengan menghubungi Ketua Blok masing-masing. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 100-00 seorang kanak-kanak. 
             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan