Khamis, November 19, 2009

Satu gotong royong membersih kawasan hijau di Jalan C7 akan dijalankan pada 21hb. November, 2009 mulai dari jam 8-00 pagi. Gotong royong ini adalah bertujuan untuk membersih kawasan berkenaan untuk digunakan sebagai tapak acara korban yang akan dilaksanakan pada Hari Raya Haji Kedua iaitu pada 27hb November, 2009. 3 ekor lembu telah disediakan untuk Majlis Korban ini. Warga GMI Laluan C adalah dijemput untuk bersama-sama menjayakan gotong royong ini. Bawalah peralatan kebun masing-masing bagi memudahkan kerja gotong royong ini dijalankan.

Ahad, Oktober 11, 2009

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Sukacita dimaklumkan bahawa semperna percutian sekolah pada bulan Disember ini, KRT Gerbang Meru Indah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Gerbang Meru Indah Laluan C akan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai dijangka pada hari Sabtu 5hb. Disember, 2009 bertempat di Padang Laluan Meru Indah C1. Pelbagai acara yang selayaknya diadakan bagi meraikan anak-anak berkhatan akan dianjurkan. Bagi ibu-bapa yang ingin mendaftar penyertaan anak-anak mereka bolehlah berdaftar dengan menghubungi Ketua Blok masing-masing. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 100-00 seorang kanak-kanak. 
             

MAJLIS KORBAN SEMPERNA HARI RAYA AIDIL ADHA 1430

Sila maklum bahawa KRT Gerbang Meru Indah bersama-sama dengan Persatuan Penduduk Gerbang Meru Indah Laluan C akan menganjurkan Majlis Korban Aidil Adha yang dijangkakan akan di laksanakan pada Hari Raya Haji KeDua iaitu pada hari Sabtu 28hb. November, 2009 bertempat di Laluan Meru Indah C7 mulai jam 8-45 pagi. 3 ekor lembu korban telah di tempah untuk majlis ini; menjadikan sejumlah 21 bahagian sembelian. Setiap bahagian korban dikenakan bayaran berjumlah RM 320-00.

Bagi warga GMI beragama Islam yang berminat untuk menyertai korban ini silalah berhubung dengan Ketua Blok masing-masing atau berhubung terus dengan Setiausaha KRT GMI.
Bersamaan dengan ini, semua warga GMI beragama Islam adalah dengan hormatnya dijemput beramai-ramai hadir untuk menjayakan Majlis Korban ini pada tarikh dan masa yang dimaklumkan diatas. Senoga kehadiran tuan-puan sekelian bukan sahaja dapat memeriahkan lagi Majlis ini bahkan juga memberkati Majlis ini seadanya.     

Rabu, September 23, 2009

ATURCARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA & PELANCARAN PENETAPAN KAWASAN RUKUN TETANGGA

ATURCARA MAJLIS:

9-00 PAGI                    KETIBAAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA KRT GMI & WARGA GMI

9-30 PAGI                    KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

9-45 PAGI                   KETIBAAN TETAMU KEHORMAT - YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI B MOHD HANAZLAH,
                                       AHLI PARLIMEN KAWASAN TAMBUN merangkap MENTERI KEWANGAN II

10-00 PAGI                KATA-KATA ALUAN OLEH PENGACARA MAJLIS
                                      BACAAN DOA 
                                     UCAPAN ALUAN OLEH EN. AZMI B MOHD YUSOF,
                                     PENGERUSI, KAWASAN RUKUN TETANGGA GERBANG MERU INDAH.

                                    UCAPAN OLEH EN. ALIAS B MOHAMAD,
                                    PENGARAH, JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRITI NASIONAL NEGERI PERAK.

                                    UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI B MOHD HANAZLAH.

                                    GIMIK PERASMIAN PELANCARAN KRT GMI
                                   PERSEMBAHAN NASYID JEMPUTAN OLEH PELAJAR SABK MAAHAD AL-UMMAH
                                   PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KRT GMI
                                   PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT
                                  SESI BERGAMBAR AHLI JAWATANKUASA KRT GMI BERSAMA TETAMU KEHORMAT
                                  JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI
12-00 TGHARI     MAJLIS TAMAT

Selasa, September 22, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI SERTA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PENETAPAN KAWASAN RUKUN TETANGGA GERBANG MERU INDAH

Adalah dimaklumkan kepada semua warga Gerbang Meru Indah, Bandar Meru Raya bahawa Majlis tersebut diatas akan diadakan seperti berikut :

TARIKH :                                  27HB. SEPTEMBER, 2009
HARI :                                        AHAD
MASA :                                      9-00 PAGI - 12-00 TENGAHARI
TEMPAT :                                 PADANG LALUAN MERU INDAH C1,
                                                     GERBANG MERU INDAH.
Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hj Ahmad Husni b Mohd Hanazlah, Ahli Parlimen Kawasan Tambun merangkap Menteri Kewangan II.

Tuan-tuan dan puan-puan serta ahli keluarga Gerbang Meru Indah adalah dijemput beramai-ramai untuk hadir meraikan Majlis. Semoga dengan kehadiran tuan-puan sekelian akan menyerikan lagi Majlis ini.