Ahad, Oktober 11, 2009

MAJLIS KORBAN SEMPERNA HARI RAYA AIDIL ADHA 1430

Sila maklum bahawa KRT Gerbang Meru Indah bersama-sama dengan Persatuan Penduduk Gerbang Meru Indah Laluan C akan menganjurkan Majlis Korban Aidil Adha yang dijangkakan akan di laksanakan pada Hari Raya Haji KeDua iaitu pada hari Sabtu 28hb. November, 2009 bertempat di Laluan Meru Indah C7 mulai jam 8-45 pagi. 3 ekor lembu korban telah di tempah untuk majlis ini; menjadikan sejumlah 21 bahagian sembelian. Setiap bahagian korban dikenakan bayaran berjumlah RM 320-00.

Bagi warga GMI beragama Islam yang berminat untuk menyertai korban ini silalah berhubung dengan Ketua Blok masing-masing atau berhubung terus dengan Setiausaha KRT GMI.
Bersamaan dengan ini, semua warga GMI beragama Islam adalah dengan hormatnya dijemput beramai-ramai hadir untuk menjayakan Majlis Korban ini pada tarikh dan masa yang dimaklumkan diatas. Senoga kehadiran tuan-puan sekelian bukan sahaja dapat memeriahkan lagi Majlis ini bahkan juga memberkati Majlis ini seadanya.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan