Khamis, November 19, 2009

Satu gotong royong membersih kawasan hijau di Jalan C7 akan dijalankan pada 21hb. November, 2009 mulai dari jam 8-00 pagi. Gotong royong ini adalah bertujuan untuk membersih kawasan berkenaan untuk digunakan sebagai tapak acara korban yang akan dilaksanakan pada Hari Raya Haji Kedua iaitu pada 27hb November, 2009. 3 ekor lembu telah disediakan untuk Majlis Korban ini. Warga GMI Laluan C adalah dijemput untuk bersama-sama menjayakan gotong royong ini. Bawalah peralatan kebun masing-masing bagi memudahkan kerja gotong royong ini dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan